Aku selalu bermonolog~
Kadang-kadang senyum sorang-sorang, berkerut sorang-sorang...
Banyak benda yang buat aku berfikir sekarang ni...
Kalau ada masalah atau apa-apa perkara yang menggembirakan,
aku selalu cerita atau mengamuk sorang-sorang, kalau x lega baru cerita pada siapa-siapa yang aku nak...
Senang cerita, aku selalu buat sesi muhasabah diri~
Ketawa sorang-sorang is ok....Tapi bila pendam rasa marah dan sedih sorang-sorang...sakiiiiittt sangat....
Muhasabahku ~ berdialog dengan diri sendiri
'Penat la duduk kat dunia ni'
'Sabar Najwa, nanti bila dah sampai pengakhiran, baru kita akan rasa berbaloi bila bersabar tu'
Tak puas hati. Sambung lagi mengadu ..
'Tapi banyak sangat benda yang nak catch up...tak larat la..'
'Mana tahu, benda yang banyak ni lah Allah nak kasi kita pahala banyak-banyak'
'Sikit ke, banyak ke cabaran kita, atau susah ke, senang ke kehidupan kita, kita tak tahu bahagian mana yang Allah kira dan masuk dalam buku amalan baik kita'
'Benda kecik, benda besar. Semua kena buat betul-betul. Tak ada main pilih-pilih kasih bila nak buat sesuatu. Semua kena buat sungguh-sungguh, sebab kita tak tahu Allah akan nilai yang mana'
Pejam mata~
Malu dengan Pencipta aku.
mungkin juga bukan sebab penat. Tapi sebab ada penyakit MALAS lagi ni.
Atau makin hilang rasa ihsan.
Atau dah tak ada semangat nak 'berlumba berlari nak menjadi golongan awal@pertama untuk syurga'
Nota untuk kamu : Jangan lah lemah-lemah. Kalau kamu down, saya pun senang nak down juga.
mungkin juga bukan sebab penat. Tapi sebab ada penyakit MALAS lagi ni.
Atau makin hilang rasa ihsan.
Atau dah tak ada semangat nak 'berlumba berlari nak menjadi golongan awal@pertama untuk syurga'
Maka resolusinya,
kembali kepada Al Furqan.
Di sana ada penyembuh segala penyakit.
Kalam Mulia dari Pemiliknya yang Agung
Kembali kepada solat malam.
Di sana engkau akan temui penyelesaiannya
Kuat atau lemahnya kita bergantung kepada kuat atau lemahnya hubungan kita dengan Pemilik kita.
Dan bila mengadu, merengek pada ramai orang, aku pun tahu aku sepatutnya pergi mengadu kepada Dia dahulu.
Selalu macam tu. Tahu tapi buat-buat lupa.
inspirasi dari sini






biar 1 dunia pergi meninggalkan dirimu sendiri, ingtlah Yang Allah sentiasa ada menemanimu dan dikau takkan pernah merasa terkapai2 sendiri...
ReplyDeletenice. mmg selalunya ada masalah, mcm-mcm kita rungutkan.
ReplyDeletekadang-kadang teringat getir perit Rasulullah berdakwah di Taif, bila ingatkan peristiwa ni, rasa mcm ujian Allah bg ni, mmg tk patut langsung kita kecoh-kecoh kan. Pintalah pada Dia yang Satu, yang memberikan ujian, Dialah jua yang menyelesaikan segalanya.~ SubhanaAllah.
salam ziarah. hehe. terase nak ziarah blog ko plak, bile tadi jumpa ko kat balai.~ hmm.
All d best utk exam, Najwa.
May Allah assists us with His Rahman wa Rahim,
semoga apa sahaja yang kita buat, semuanya semata-mata mencari redha Allah SWT jua. insyaAllah.