Friday, May 20, 2011

Once Upon A Time

Rehat sebentar dari study…

Rasa rindu yang teramat kepada keluarga di rumah.

Sangat tak sabar nak balik. Lalu saya pun membuka folder pictures untuk melihat-lihat gambar bagi melepaskan rindu.

Hmm…hampir setahun telah berlalu. Cuti tahun lepas ayah membawa kami bercuti ke London, UK. Kata ayah, percutian ke London ini sebagai ganti kepada percutian ayah, mak dan 4 orang kakak saya ke Los Angeles dulu-dulu. (Tanpa saya dan kakak no 5) Jadi, kakak no 2 dan kakak no 4 tak bolehlah jealous sebab mereka dah pergi LA dengan ayah dulu-dulu. Lagipun masing-masing dah bersuami. Kakak no 1 dan 3 bolehlah join sebab masing-masing bekerja dengan MasKargo. Jadi berpeluanglah untuk dapat ticket free.

Perjalanan KUL-LHR memakan masa 11/ 13 jam. (saya pun x pasti). Sangat lama. Tapi disebabkan bertolak dari KUL tengah malam, jadi kami selaku orang-orang Malaysia tidur sepanjang perjalanan. Bangun untuk makan atau tengok filem terbaru yang disediakan dalam sistem hiburan pesawat. Lagipun kelas Ekonomi sangat tak best untuk tidur. Sakit pinggang, sakit leher, sakit bahu.

Before departure

Kakak no 3 with her husband and son.

Lebih kurang 5 pagi kami tiba di Terminal 4, Heathrow, London. Sempat ayah berjumpa dengan kawannya yang bertugas di sini. Kemudian, kami pun terus menuju ke rumah penginapan yang telah di’booking’ oleh kakak saya melalui internet di Dollis Hill. Rumah milik orang Malaysia yang menyewakannya kepada orang-orang Malaysia yang melancong ke London. Transport pertama kami adalah Underground. Keretapi yang sangat efisien, laju, bersih. Jangan risau jika tertinggal train kerana setiap 3 minit akan ada train lain.

Ayah sedang mengimbau kenangannya sewaktu honeymoon dengan mak dulu-dulu.

Inside Tube - Underground. Peta perjalanan

My brother in law

Greenwich

Piccadilly Circus

Wembley Park. Pernah buat Sukan Olimpik kat sini. Dan di sini setiap hari ahad ada pasar yang jual barang berjenama dengan harga murah.

Penginapan kami.

Jalan-jalan ke London Zoo.

Hafiy nyenyak tidur...


Tower of London.


Naik Cruises ke Greenwich. Seriously sangat sejuk. Jumpa pelancong Malaysia (tudung purple)


London Bridge. Jambatan dibuka untuk beri laluan kepada kapal besar lalu.


Di More London. Berhampiran London Bridge.

Kakak no 3 with her husband, in front of Kensington Palace


Demonstrasi.

Trafalgar Square. Mak paling excited sebab ada sweet memory dengan ayah dulu-dulu.

Buckingham Palace. Dekat Westminster Abbey. Tempat Royal Wedding hari tu.

Madame Tussauds.

Tahun ini? Ayah kata KIV dulu sebab cuti bulan 6 ini ayah sangat sibuk.

Dan saya perlu menyiapkan diri fizikal dan mental untuk lebih kuat selepas ini. Mencari semula diri yang lama. Sebabnya sekarang ini saya agak lost. Hilang keberanian. Keberanian untuk melontar idea, keberanian untuk bercakap di hadapan, keberanian untuk menanggung risiko dan sebagainya. Sedang mencari diri saya yang kuat sewaktu ketika dahulu. Moga-moga cuti akan datang ini dimanfaatkan sebaiknya...

5 comments:

  1. Najwa anda seorang yang kuat sebenarnya.. maybe tekanan yang dihadapai atau keadaan diri kita sendiri yang belum bersedia menerima tekanan tersebut menyebabkan kita terasa terbeban atau tidak berani..

    lepas exam nie.. sama-sama la kita manfaatkan masa kita dengan sebaiknya.. 24 hours a day tu... guna dgn sebaiknya..

    sama-sama bergerak memimpin dan dipimpin...

    good luck on the best..

    ReplyDelete
  2. no matter how you slice it, there are still 24 hours a day...(^_^)

    sahabat2, all of you complete me...

    ReplyDelete
  3. mmg la tetap 24 namun setakat mana kita memaximumkan masa kita... tgk la sekeliling kita.. kejap2 dah exam dah.. dah 2 thn kat maktb nie.. tpi bila dikenang hari-hari yg berlalu.. ada yg sia2.. jadi maximumkan masa kita.. hheehe. saya berckap untuk saya sendiri..

    ReplyDelete
  4. understandlah~ huhu
    org yg sibuk sentiasa ada masa...

    ReplyDelete