Friday, March 18, 2011

My Heart, Your Heart, Our Heart



Sebagai manusia biasa, hati ini tidak lari dari memikirkan tentang cinta.
Cinta seorang insan kepada insan yang berlainan jantina.
Dalam kesibukan mengejar masa menimba ilmu dan menjalankan tanggungjawab, kadangkala perasaan itu hadir tanpa disedari.
Perasaan itu.....hadir...








Tapi...











Untuk siapa?





Pelik...
Rasa ingin bercinta dan dicintai tetapi tidak tahu pada siapa...
Atau lebih tepat...
Bagaimana rasa untuk bercinta dan dicintai??
~p/s: Simpan sahaja perasaan itu pada zauj yang belum diketahui siapa, Insya Allah, jika diizinkan~


Ahh...barangkali pengaruh persekitaran...
err....Mungkin juga faktor usia makin meningkat


Hmm...
Belakangan ini seringkali sahabat-sahabat mengajukan persoalan mahupun perbincangan mengenai ini..
Cinta sesama insan...

Oh ya..tidak lupa ahli keluarga sendiri tiba-tiba berbincang mengenai perkara ini...
Haish...adakah usia yang menjangkau puluhan itu petanda diri ini hampir ke arah 'itu'?


Entahlah...
Bila adik-adik dan sahabat-sahabat mengadu tentang hati...
Hati mereka yang terganggu kerana terlanjur meminati seorang lelaki...
Diri ini hanya mampu memberi nasihat dan sokongan agar dirinya kuat untuk mengawal hatinya...
Kadang kala diri ini juga pelik dengan mereka yang leka bercinta...

"Apa seronoknya bercinta itu? Tidakkah rasa terkongkong ataupun bosan? Lagi-lagi kalau bercinta dengan rakan sekelas. Bukankah kita masih muda? Masih belum tentu lagi hala tuju masa hadapan..."


Sahabat menjawab


"Jangan cakap macam tu. Soal hati ni sangat complicated. Sebenarnya mereka tahu hakikat diri mereka. Betul atau salah perbuatan mereka. Tapi sekali dah jatuh, susah nak bangun. Yang salah itulah yang seronok dan susah nak tinggalkan. Tak mustahil kita pun boleh jadi macam mereka tu."

Pandangan mereka yang sedang bercinta:

"Akak jangan cakap macam tu...Akak tak rasa lagi...Sekarang ni senanglah cakap... Sekali akak ter'couple'....Sekali hati akak teruji atau terpikat pada seseorang.........................."


Gulp!

Ish...mereka ni menakutkan sungguh!!

Jujurnya diri ini pernah juga rasa macam tu. Sekali dah jatuh memang susah nak bangun. Lagi-lagi jatuh 'cinta'. Hati kita ini sentiasa berbolak balik.


Beware! There is a piece of flesh in the body.
If it becomes good (reformed)
the whole body becomes good,
but if it gets spoilt,
the whole body gets spoilt.
That is the HEART ♥



Jom jaga hati sebaiknya....
Selagi kita meletakkan Allah no 1 dalam hierarki cinta hati kita,
Insya Allah cinta kepada yang lain itu akan terjaga dan terkawal.

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan

Cinta sesama insan itu hanyalah alat untuk kita menggapai cinta sejati iaitu Cinta Ilahi.




Ok....
Jom bercinta dengan assignment~
Jangan lupa 'dating tengah malam' juga~

4 comments:

  1. Wah mantap la achik.. doakan kita agar terus kuat yer.. mengharungi dunia kampus dengan bahagia tanpa diuji dengan perasaan cinta lain jantina.. cukuplah kasih syg sesama insan yg sama jantina mewarnai kehidupan kita sebelum tiba masanya.. ateh takut diuji... ateh belum cukup kuat lagi untuk menghadapi perkara ini...

    ReplyDelete
  2. ye2...
    semua org kena kuat!!!


    kita dah sampai tahap umur yang mencabar....hehe

    ReplyDelete
  3. moga trs thabat dlm prjuanagn, sama2lah mmbwa hati utk mewaqafkannya dlm prjuangan Islam, selesaikan yg utama, yakinlah saat brumah tgga sudah Allah sdiekan utk kita~

    ReplyDelete
  4. salam najwa!!!!!
    ehem3...yang menakutkan andai kita diuji dgn nasihat dan teguran kita sendiri
    umpama daie yang diuji dgn dakwahnya sendiri

    ya najwa..
    pernah juga umpama terkena sumapahan sahabat sendiri tentang kapel..
    hanya Allah tempat berlindung....
    moga2 kita tergolong dalam kumpulan yang dilindungi..
    isnyaALlah

    ReplyDelete