Monday, January 24, 2011

Perjuangan

Alhamdulillah, diberi keizinan, kekuatan dan semangat untuk menyertai Pilihan Raya Kampus.

Semoga diri ini kuat menempuh mehnah dan tribulasi.
Semoga diri ini akan lebih hampir dengan Allah.
Semoga diri ini tidak leka dengan tipu daya dunia.
Semoga diri ini tidak pernah putus asa dalam menyambung sunnah perjuangan Rasulullah...


terima kasih kepada ustazah fawa yang design poster ni...

Diharapkan sahabat-sahabat dapat membantu dan mendoakan diri ini agar istiqamah dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Memegang jawatan itu bukan untuk ditayangkan, bukan untuk dibanggakan tetapi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, menjalankan gerak kerja dakwah untuk Islam kerana Allah....Insya Allah...

Kata Imam Al-Ghazali, benda yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH.

Firman Allah SWT yang bermaksud

" Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian daripada setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya. "
(At-Taubah:122)
Islam itu adalah cara hidup seorang mukmin yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah merangkumi kerendahan hati, tunduk dan patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Khalifah itu mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Mari bersama-sama menjadi KHALIFAH.
Mari bersama-sama berjuang dalam satu JEMAAH.
Mari bersama-bersama mencapai keredhaan dan mendapatkan SYURGA ALLAH.

Semoga diri ini dapat menunaikan dan mengotakan apa yang dikatakan.

Pohon sahabat-sahabat saling ingat mengingati dan tegurlah jika diri ini terpesong dari perjuangan sebenar.

2 comments: