Kepimpinan itu merujuk kepada posisi dalam organisasi
Kepemimpinan itu adalah proses pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun sebaliknya.
Pemimpin yang memimpin dengan pengaruh dan personaliti yang menarik dapat memintas jauh kredibiliti pemimpin yang memimpin dengan menggunakan kelebihan jawatan yang dimilikinya.
Pemimpin yang hebat bukan sekadar mampu menghasilkan idea yang luar biasa.
Pemimpin yang hebat mampu mengutarakan dan memindahkan kerangka idea ke bentuk komunikasi yang jelas kepada orang di bawahnya.
Pemimpin hari ini jangan meremehkan kemahiran berpidato kerana ia persoalan yang penting khususnya dalam melebarkan pengaruh secara lembut iaitu dengan menjinakkan hati dan menawan perasaan.
bagi mempunyai keupayaan berpidato dan pengucapan awam yang berkesan pemidato memerlukan idea dan persediaan dalam pemikiran.
Dan ingatlah, berpidato ini merupakan sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Sunnah pidato berpengaruh juga terserlah pada Jaafar Bin Abi Talib, Rubaie Bin Amir dan Tariq Bin Ziyad. Tidak ketinggalan penakluk Konstantinople, Muhammad Bin Murad atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.
~Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Muhammad Syaari Abdul Rahman.~
Jangan takut, jangan gentar. Berjuang atas nama Islam kerana Allah SWT. Kesukaran dalam perjuangan adalah lumrah. Jika takut menanggung kesukaran berjihad, apa gunanya pedang Islam di tangan?






0 comments:
Post a Comment