Saturday, January 22, 2011

Jom Jadi Kuat!!

Aku melihat sekeliling. Pelbagai perkara positif mahupun negatif berlaku. Di sebelah kananku sekumpulan gadis bertudung labuh saling suap menyuap antara satu sama lain. Sopan tingkah lakunya, manis senuymannya, melambangkan ukhuwwah yang terbina sesama mereka. Bersama-sama membaca doa, saling ingat mengingati dan beramah mesra dengan penuh mahabbah. Ku lihat sebelah kiriku, sekumpulan gadis remaja juga, masih bertudung namun hati ini melihat mereka tidak setenang melihat kumpulan gadis yang bertudung labuh tadi. Terselit bersama mereka beberapa lelaki yang turut bergurau senda antara satu sama lain. Mereka juga saling suap menyuap namun tidakkah melampau jika si gadis tanpa segan silu menyuap si lelaki?? Saling berkongsi aiskrim yang sama?? Saling bertepuk tampar, bergelak ketawa ibarat mereka sama jantina. Di belakangku?? Sepasang kekasih hanyut menyulam kasih. Berjanjikan setia, saling berkongsi suka dan duka, gelak bersama, menangis pun bersama. Mungkin saling memberi nasihat, semangat untuk terus berjaya dalam pelajaran agar bersama-sama dapat menamatkan pengajian dengan segulung ijazah di tangan. Tidak ketinggalan mungkin mereka turut merencanakan perancangan berumah tangga kelak. Di hadapanku, mereka sedang riang ria bergembira menyanyi bersama. Jumlah penonton yang agak ramai itu membuatkan aku terkilan. Pemandangan yang sungguh berbeza jika dibandingkan dengan program-program ilmiah yang diadakan. Bukan aku menghalang mereka berhibur tapi padaku biarlah seimbang dan berpada-pada. Ringankan dahulu kaki ke rumah Allah sebelum ke tempat-tempat lain.

Aku mengeluh…mengenangkan situasi ini…mampukah aku mengubahnya?? Terasa menggigil jasadku, panas kelopak mataku, berat kedua-dua bahuku.

"Wujudkan biah solehah dalam diri kita dahulu sebelum mewujudkan biah solehah di sekeliling kita." Pesan sahabatku. Hmm….Sejauh mana ke'solehah' an dalam diri ini?

"Hei, nape termenung ni???" Sergah sahabatku. Aku hanya tersenyum. Sesungguhnya aku bukan termenung tetapi sedang berfikir. Sudah lama aku berfikir tetapi aku masih lagi belum bertindak. Entah apa yang aku tunggukan. Dalam semangat itu sebenarnya terselit ketakutan, kelemahan, tidak yakin pada diri dan lain-lain. Aku seakan terkapai-kapai. Diriku lemas dalam situasi ini tetapi aku sendiri tidak tahu tahap kekuatanku. Sahabat-sahabat tidak pernah putus memberi semangat. Apa yang pasti aku tetap perlu mempunyai kekuatan agar dapat menjadi mengubah situasi di sini. Dan kekuatan itu bukanlah pada aku seorang tetapi dengan kerjasama dan kesepaduan dari mereka yang beragama bukan sekadar belajar agama. Seorang sahabatku pernah berkata, "Walaupun setinggi mana harapan kita, walau setinggi mana harapan orang lain kepada kita, apa yang perlu diingat, kita mesti berpijak di bumi yang nyata. Maksudnya, berusahalah untuk mencapai sesuatu dengan keredhaan ALLAH, bukan keredhaan manusia. Sekiranya kita mencapai keredhaan ALLAH, INSYA ALLAH..segala harapan di hati manusia juga akan tercapai…"

Apa yang pasti…

~ Yakinlah dengan janji Allah.

~ Jagalah hubungan dengan Allah.

~ Mantapkan tarbiyyah ruhiyyah.

~ Jaga hubungan sesama manusia.

~ Banyakkan membaca bahan ilmiah

~etc


 


 

Hmm….aku tahu semua itu tapi sejauh mana diri ini mengamalkan dan menghayatinya???

Imagine….Think…..ACTION!!!

Muhasabah dan teruslah muhasabah…

Tapi jangan lupa BERTINDAK!!

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS…


 

Allah tidak menjadikan manusia itu sia-sia

Al-Mukminun: 115

"Adakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Al-Baqarah: 30

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memuji Mu dan menyucikan nama Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'

Al-Baqarah: 286

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….."


 

Khalifah itu mendirikan AGAMA dan mentadbir dunia dengan AGAMA.

Selagi mana hubungan kita dengan Allah terjaga….Insya Allah apa yang lahir dari mulut kita akan mudah masuk ke dalam hati mad'u kita…

Semoga diri ini KUAT dan THABAT dalam perjuangan….


 


 

 

2 comments:

  1. Moga terus kuat sahabatku... saling bahu membahu taw... ana ada nti, nti ada ana...

    ReplyDelete
  2. tiada perjuangan yang mudah...
    Rasulullah pun dihina dicaci diancam...
    inikan pula kita hambaNya yang hina dina...

    ~ana ada enti...enti ada ana~

    ReplyDelete