Friday, December 24, 2010

UPDATE BLOG

Assalamu'alaikum

Sudah lama tidak meng'update' blog.
Entah kenapa mengalami sindrom 'lack of interest' dengan blog.

Tarikh 1 Januari semakin menghampiri.
Perlu bersiap-sedia untuk melangkah semula ke IPG tercinta...(^_^).
Terasa pantas masa berlalu.
Namun terasa juga cuti kali ini lebih 'berisi' berbanding cuti-cuti sebelum ini.
Dan yang pastinya, saya sangat gembira bersama keluarga dan ingin menghabiskan sisa-sisa cuti ini dengan keluarga sebaiknya.

Sekadar ingin berkongsi gambar-gambar a.k.a aktiviti saya ketika cuti ini.

MOKHTAR'S FAMILY DAY

Setiap bulan kami akan menyimpan wang untuk kegunaan melancong. Kakak sulung selaku bendahari dan beliau jugalah yang merancang perjalanan, penginapan, tempat-tempat menarik dan sewaktu dengannya. Setiap keluarga RM50 sebulan. Dalam keluarga saya ada 5 keluarga. Keluarga Mokhtar, keluarga Suraya, Muslina, Najjah dan Nurhidayah. Keluarga saya, Insya Allah 4 atau 5 tahun lagi. Hehe. Kumpul duit, akhir tahun atau cuti sekolah kami akan bercuti ke mana-mana. Trip ke Melaka ini adalah hari keluarga pertama kami. Sangat seronok dan bahagia. Alhamdulillah.


KEM JAMBORI NISA' 2010

Berpeluang menjadi fasilitator untuk Kem Jambori Nisa' Selangor 2010. Terima kasih buat saf Nisa' Selangor yang bertungkus lumus menjayakan kem inidan banyak memberi tunjuk ajar. Pertama kali handle kem seramai 300+ orang. Pengalaman yang sangat berharga biarpun diri ini tidak banyak menyumbang.

Di samping itu, saya juga berpeluang menjadi fasilitator untuk program di bawah kelolaan D 'Elmi Consultant iaitu syarikat under abang ipar saya. Banyak program yang telah dianjurkan di masjid-masjid sekitar Sepang seperti Kem Remaja Ulul Albab, Kem Jati Diri Remaja, Kem Smart Solat dan lain-lain.


Di samping itu, sempat juga belajar buat kraftangan. Rasanya sudah popular di dunia internet. Felt Craft. Di atas adalah hasil tangan saya dan kakak kedua. Keychain nama itu ditempah oleh sahabat saya di IPG merangkap pelanggan pertama saya. Saya merancang nak jual di IPG nanti untuk menambah kewangan kelas jika disetujui oleh ahli-ahli PAI 2.

"Kita bertemu atas dasar AQIDAH yang satu, bernaung di bawah bendera LAILAHAILLALLAH, hati kita diikat UKHUWAH FILLAH, membawa misi ALLAH di dunia, jual DUNIA untuk AKHIRAT."



Ayuh teruskan perjuangan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

0 comments:

Post a Comment