Sunday, October 10, 2010

Muhasabah....mungkin???

assalamu'alaikum...

sedar atau tidak...
sebenarnya kita dianugerahi banyak nikmat...
kita diberi banyak peluang untuk mendekatkan diri pada Allah...
kita diajar bagaimana untuk mencapai syurga-Nya...
wah...
untungnya bergelar muslim.

untung...
memang betul-betul untung kalau kita benar-benar seorang muslim.
berdiri kerana Allah.
belajar kerana Allah.
bersahabat kerana Allah.
berjuang kerana Allah.
Lakukan segala-galanya untuk mencapai keredhaan Allah.

tak pernah ada kerugian dalam agama.
seperti dinyatakan jelas dalam surah Al-Asr, yang mafhumnya,
"demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh, dan mereka yang berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran".

Kenapa kita masih tidak ambil peduli dengan agama??
Kenapa berat hati untuk melakukan suruhan-Nya??
Kenapa malas nak didik hati agar dekat pada-Nya??

Bagaimana kita mahu mulakan langkah untuk mentarbiyah jiwa?
Pesan sahabat-sahabat...

"Wujudkan dahulu biah solehah dalam diri kita...Insya Allah, kita juga dapat membentuk biah solehah di sekeliling kita...Jika Islam tertegak di dalam jiwa dan hati...pasti Islam akan tertegak di muka bumi..."

Petikan dari blog sahabat:

Seorang dai'e yang sebenar bukan dilihat pada natijahnya, tapi pada usahanya. Bagaimana dia menghadapi mad'unya. Bagaimana dia bersabar dengan dugaan seorang dai'e di jalan Allah.
Sungguh, berdakwah itu tidak disempitkan dalam aspek tertentu sahaja. Sungguh, berdakwah itu bukan juga sesuatu yang mudah. maka Allah tidak menzalimi hambaNya dengan tidak mengambil kira natijahnya tapi usahanya.

dan itu menunjukkan betapa istimewanya kita.

Hiduplah semata-mata kerana Allah...
Dalam apa jua yang kita lakukan,
Ikhlaskan niat kerana Allah...
Baik atau buruk,
Susah atau senang,
Dunia bukan tujuan kita...
Dunia bukan matlamat utama kita...

Ayuh,
Beramal kerana Allah
Rasulullah sebagai ikutan
Al-Qur 'an sebagai panduan
Berjihad di jalan-Nya
Kerana syahid itu cita tertinggi seorang Muslim...

'Aisy 'azizan au mut syahidan
Hidup mulia atau mati syahid..

3 comments: