Wednesday, September 8, 2010

Suasana Hari Raya


8 - 10 tahun

Masa ni kami sekeluarga tinggal di Kampung Selamat, Sungai Buloh.
Di sinilah tempat yang paling lama saya menghabiskan masa kanak-kanak saya.
Suasana di sini adalah suasana kampung.
Di akhir Ramadhan, pak cik saya akan pasang pelita keliling rumah.
Pasang lampu kelip-kelip...
Mak dan kakak-kakak saya pula sibuk menjahit baju raya dan langsir.
Kalau tak menjahit, mereka akan sama-sama buat kuih raya.
Pada masa ini, kuih raya takde yang dibeli...
Baju raya pun jahit sendiri...
Semuanya mak dan kakak-kakak yang buat...
Pada malam raya, orang kampung ramai-ramai ziarah dari rumah ke rumah sambil bertakbir...
Dan pada malam raya juga kami adik beradik beramai-ramai kemas rumah...
Lap tingkap, mop lantai, pasang langsir, buat kuih raya lagi dan sebagainya...
Bila 1 Syawal menjelma, memang semua ahli keluarga akan berkumpul bersalaman...
Mak, ayah dan kami 6 beradik perempuan...
tak lebih tak kurang...



11 tahun - sekarang

Ketika darjah 5, kami sekeluarga pindah ke Sepang.
Kali ini, bukan lagi rumah kampung, tapi rumah dalam taman.
Masa mula-mula pindah dulu,
Ada jugak lah pasang pelita...pasang lampu kelip-kelip...
buat kuih raya...
Dan saya juga masih lagi bermain bunga api...
Tapi bila kakak-kakak saya kerja+ kahwin...
Semua baju beli yang dah siap...
Kuih raya pun dah tak buat...
Langsir pun tempah kat orang...
Bunga api???
tak main dah...sebabnya saya dah besar...(^_^)
Sehari sebelum raya...
Masih lagi kalut bantu emak anyam ketupat, masak rendang...
Tapi bilangan ahli keluarga dah tak cukup macam dulu...
Bila kakak-kakak dah kahwin...
Masing-masing kenalah ikut suami...
Dan yang pasti kini,
bila tiba 1 Syawal...
Adik-beradik mesti takkan cukup 6 orang...
Hmm...

Tahun ini...

Kakak sulung saya sahaja beraya bersama...
Kakak kedua dah balik Kelantan...
Esok, kakak yang ketiga pula balik ke Kedah...
dan kakak saya yang keempat pula dah seminggu lebih berada di Pahang...
Katanya, lepas sembahyang raya baru balik ke Sepang...

Sesungguhnya..
Saya sangat rindu masa dulu-dulu...
Masa semua kakak-kakak saya belum berkahwin...
Rindu nak tengok kakak-kakak saya menjahit baju raya...
Rindu nak tengok mereka buat kuih raya...
Rindu sangat suasana itu...

Apapun...
Situasi ini mengajar saya untuk menghargai mereka semua...
Tak kisahlah hari raya atau tidak...
Saat-saat bersama mereka itu sangat berharga...
Dan saya kena ingat...
Sayang macam mana pun saya pada mereka...
Mereka semua hanyalah pinjaman sahaja...
Bila-bila masa...Allah mungkin akan ambil mereka semula...

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan...
Kerana apa yang kita ada...
Tak semua orang ada...


Syukran Ya Allah...
Syukran Ya Allah...
Syukran Ya Allah...

4 comments:

  1. alhamdulillah....
    indahnya hidup jika boleh kembali ke masa dahulu tp apakan daya masa yang lalu adalah benda yang paling jauh buat diri kita...

    selamat hari raya...maaf zahir dan batin...jemput la dtg umah..

    ReplyDelete
  2. sayangku asiah,
    selamat hari raya juga...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya

    *peluk*

    rindu juga masa ada arwah Ayah,
    Along(thn ni Along balik Melaka pula) utk beraya,
    tp betulla pinjaman je kan, dan kita pun akan mengikuti mereka juga...

    ReplyDelete